Saturday, August 15, 2009

Influenza A H1N1


Aku bukan suka sangat nak tulis pasal benda ni.Tapi memandangkan benda ni tengah hangat aku pun ambiklah kesempatan untuk bagi pandangan tentang bala yang diturunkan Allah kepada hambanya yang selama ni lalai dari mengingatinya.

Semalam 14 Ogos 2009 seramai 56 orang telah menemui ajal kerana wabak ni.Aku hairan macam mana bilangan kematian meningkat dengan begitu mendadak.Kalau kerajaan lagi lambat bertindak aku pun tak tahu berapa ramai lagi yang akan tekorban.Sesungguhnya kerajaan yang dipilih rakyat mempunyai satu tanggungjawab yang begitu berat dalam melindungi rakyat dan negara dari segala ancaman.Tak kira la ancaman pengganas atau ancaman wabak penyakit yang tengah menyerang sekarang.

Aku harap pihak berwajib terus peka dengan situasi yang semakin meruncing sekarang.Jangan asyik sibuk umum bilangan kematian je.Do Something Please.Kepada rakyat Malaysia sila beri kerjasama dalam membendung wabak ni.Kalau boleh pakailah topeng kalau keluar ke tempat awam(Walaupun Topeng susah nak dapat sekarang).Basuh Tangan sekerap mungkin.Last sekali marilah kita sama-sama berdoa agar kita dilindungi dari virus ni.

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment