Tuesday, August 18, 2009

Sampah


Kalau sebut pasal sampah macam-macam kita fikir.Busuk,Hina.Malah istilah sampah masyarakat pun wujud di kalangan masyarakat kita.

Ni alang-alang dah sentuh pasal sampah aku nak cerita sikit pasal mentaliti rakyat Malaysia yang masih tak boleh nak diubah-ubah.Kalau dulu rakyat Malaysia nak naik bas konfem berebut.Tapi sekarang dah reti pulak nak beratur.Sekarang ni mentaliti rakyat Malaysia tentang buang sampah memang teruk.Bukannya reti nak buang sampah dalam tong sampah.Ada tu dengan selambe dek nyee je buang sampah merata-rata.

Sabtu aritu surau kat rumah aku ada buat solat hajat dengan ceramah isra mikraj.Macam biasa la majlis besar mesti ada makan kan.Tapi yang sedihnya walaupun tong dan plastik sampah pihak surau dah sedia dengan belambak , bekas-bekas makanan dan minuman masih diorang tak reti nak buang kat tempat sepatutnya.Jadi keputusannya penuhla sampah-sampah kat atas jalan dan kawasan sekitar surau tu.Dah la rumah aku kat kawasan sekitar surau tu memang kotor la.Bukan ke Kebersihan Sebahagian Daripada Iman.Tapi aku memang berterima kasih kat beberapa AJK dan sukarelawan yang sanggup kutip sampah tu walaupun dah dekat pukul 12 tengah malam.

Akhir sekali aku harap rakyat Malaysia ni boleh ubah mentaliti supaya sampah tu di buang di tempat yang sepatutnya.Barula kita boleh duduk dalam negara yang aman dan bersih.

Sekian

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment