Wednesday, September 30, 2009

Hari Raya


Sori coz lambat update maklumlah sibuk beraya la katakan.Komputer kat rumah pun buat hal.Tahun ni keluarga aku beraya kat sini je pada hari pertama.Malam raya je baru kitorang bertolak balik ke Johor.Tahun ni jugak aku first time jugak pakai baju raya kale putih.Bapa Sedare aku bagitahu macam baju budak sekolah agama Johor je.

Sehari sebelum raya mak aku masak nasi minyak.Terkejut gak aku sedap sangat mak aku masak nasi minyak kali ni kalah beli kat kedai.Sebagai tradisi keluarga kitorang tapai memang dibuat setiap tahun.Malam tu jugak kitorang bungkus tapai nak dibawa balik ke Johor.Kat Johor takde ye tapai daun getah ni

Pagi 1 Syawal aku bangun awal pagi dan segera mandi sunat aidilfitri.Baju melayu warna putih terus aku sarung beserta samping songket Terengganu.Sekali pandang macam nak pegi nikah la pulak.Keluarga aku yang lain semua baju warna hijau aku ni memang degil sikit nak wat pelik la konon.Perjalanan ke Felda Seberang Tayor yang mengambil masa lebih kurang 30 minit terasa sekejap je.Kat sana nenek aku yang sakit duduk je kat rumah.Dah lebih 3 bulan die sakit sebab tu la keluarga aku raya kat sini dulu.Kat masjid setelah mendengar khutbah raya dan sebelum solat raya ada perutusan dari Pemangku Raja aku ada jumpa ruzairi dengan Fizi.Balik tu saat yang ditunggu-tunggu aku dah tiba pemberian duit raya.Boleh tahan jugak mak aku bagi duit raya tahun ni untung ape tah banyak sangat tahun ni.Memang ramai datang rumah atuk aku sampai aku pun tak sempat nak pegi beraya kat rumah sekitar tu.

Malam tu kitorang bertolak balik ke Johor.Kereta jangan cerita la banyak.Nasib baik takde kemalangan tengah jalan.Sekitar jam 12 tengah malam kitorang sampai.Kat kampung Cik Man aku ada.Dah lama jugak la aku tak jumpa die lebih kurang dua tahun dah.Keje sebagai kepten kapal memang jarang boleh jumpa.Kat kampung ni kitorang pegi melawat saudara mara kat Parit Jelutung.raya ke 4 kitorang beraya kat kulai pulak bukan pergi rumah mawi ok.

Raya ke 5 balik ke kemaman sampai je kat rumah terus aku start motor kapcai aku dan pegi raya kat rumah cikgu febing dengan Husna bersama-sama Zul,Abu,Shahrafi dengan Muzammil.

Jumaat aku bercadang dengan abu nak pegi banyak rumah tapi 2 buah je boleh pergi.Rumah Hazhim kat Geliga.Aku dengan selamba bawak motor pergi geliga dah la roadtax moto dah mati nasib baik tak jumpe Polis kalau tak kecut gak perut ni.Kat rumah hazhim aku jumpe la pulak fadhilat,medi,zul.Rumah kedua yang dituju adalah rumah fiza makan nasi ayam.Last sekali semua ke rumah aku kecuali abu sebab kawan dia datang rumah.

Sabtu memang cipta rekod rumah paling lama pergi beraya dalam sehari.Destinasi pertama rumah Nadiah.Makan mee kari .Seterusnya rumah Cikgu Nisah.Kat rumah cikgu nisah kitorang cakap jap dengan cikgu sebelum ke rumah cikgu salasiah.kat rumah cikgu salasiah nasi minyak pulak aku makan sikit je la sebab perut kenyang gile.Lepas tu rumah Soleha.dok sekejap sebelum pegi ke rumah yang seterusnya iaitu rumah cikgu kamzizah dan rumah iffah.Last sekali rumah Nadia.Dari pagi sampai petang jugak la aku,abu,zul,medi pegi beraya.

Memandangkan SPM tak sampai 2 bulan lagi aku rasa macam raya aku dah habis je.Duit raya tak banyak macam dulu mungkin aku ni dah nampak macam bapak budak dah ni silap haribulan aku pulak yang kene bagi duit raya.

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment