Monday, December 7, 2009

Good Bye My Lover

Maaflah lama tak update blog aku yang tercinta ni.Maklumlah sibuk sepanjang SPM ni.Sepanjang tu jugaklah macam-macam peristiwa berlaku contohnya kepayahan untuk jawab add math.Aku redha je la tunggu je result nanti.Tapi ada satu benda yang membuatkan aku rasa betul-betul kehilangan.Pemergian buat selama-lamanya my Sony Ericsson T610 yang diberikan oleh abahku pada 2006.

Pemergian yang tak disangka-sangka membuatkan aku berasa agak sugul maklumlah telefon tu dah banyak berjasa kat aku.Semuanya bermula pada suatu malam yang agak sejuk.Macam dementor ada kat sekeliling je suasana sejuk macam dalam cerita Harry Potter tu.Masa tu aku tengah balas SMS dan secara tiba-tiba aku telah melepaskan genggaman terhadap telefon tu.Apa lagi kuasa graviti pun bertindaklah mengakibatkan telefon tu jatuh terus ke lantai tanpa perlindungan.Jadi hasilnya impulsive force yang tinggi bertindak ke atas telefon tu.

Pada mulanya aku tak kisah pun sebab memang dah selalu pun telefon tu jatuh paling teruk pun die hang 2,3 kali lepas tu ok la dia.Tapi kali ni hati aku tak sedap je lepas tengok bodynya yang cun melecun tu calar balar serta pecah.Bila on je ermm memang takde harapan la sebab skrin LCD dia dah tak memaparkan apa-apa pun kecuali warna biru dan kuning beserta retak.

Aku pernah tanya kat kedai untuk baiki dan konklusinya baik angkat baru la.Tapi kalau la duit aku banyak dah lama aku tukar telefon tu.Tapi nak buat macam mana duit tak banyak la kan.

Sedih ada la jugak kat hati ni sebab telefon ni memang dah lama berkhidmat dengan aku.Jasa yang dia curah pun banyak jugak contohnya tolong aku mengusha awek-awek di serata Malaysia.Sekarang ni aku mampu guna Nokia 1110i je sebagai pengganti yang termurah dan terbaik.

IN MEMORY SONY ERICSSON T610
21 September 2006 (9.25 pm)- 1 Disember 2009 (11.55 pm)

Sedikit tatapan untuk semua










No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment