Wednesday, March 24, 2010

Nostalgia Internet

Mukadimah..Assalamualaikum dan salam seperti biasa.Adooo nak taip apa ye..Brain freeze akibat minum Slurpee 7eleven..Ok.Otak dah cair akibat suhu panas yang mencanak naik sampai termometer pun tak sanggup nak tunjuk bacaan dia dek kesiankan manusia yang kepanasan.Ok balik ke topik asal.Internet dan manusia.Kalau soalan BM SPM mau dia tanya kat soalan 4 bahagian antarabangsa.Ok kali ni skop dia pendek sikit Sejarah Internet aku.Kalau nak cerita pasal sejarah internet yang betul-betul mau 30,40 buku sejarah komputer aku kene refer.Panjang jugak mukadimah kali ni.



Ingat lagi masa aku darjah lima mase tu aku pertama kali kenal internet.Seingat-ingat aku masa tu guna TM NET dail up 1515 speed 51K kot.tak ingat la.Yang bestnye masa tu habis semua website yang terpampang kat majalah aku pegi masuk.Maklumlah masa tu mana ada Facebook semua ni.chat pun aku tak reti apa satu.Kalau nak banding dengan adik aku sekarang ni memang jauh ketinggalan la.Ibarat Saga ngan Kancil la kot.Yang kelakarnya bila nak sambung ke internet je dulu komfem dan pasti modem tu akan berbunyi bising macam bunyi mesin faks tu.Habis jiran sebelah tahu.Mesti diorang cakap macam ni."eh orang sebelah nak online la".Hahaha sungguh kelakar bila kenang masa tu.Tapi tak lama lepas tu EN.intenet dah takde sebab kene sambar kilat.


Ok sekarang dah mula masuk era broadband atau nama manjanya berukband.Masa tu streamyx la yang paling power.Yang lain macam tak wujud je aku rasa.Masa tu aku sangat kemaruk dengan online game serta internet.Memandangkan masa tu internet dah takde kat rumah maka dengan tulang empat ketul ni la aku kayuh basikal ke bandar nak pergi CC.Masa tu tingkatan dua.Game Rakion rasanya tengah feymes sangat masa tu.Kat sekolah siap check rangking lagi.Hahaha gila sungguh penangan game online ni.

Masa tu memandangkan mak ngan abah pun dah serabut tengok aku ke CC hari-hari tak lama lepas tu tut-tut eh ada streamyx la kat rumah..Kembang je hidung.Tapi yang tak bestnye masa tu nak online je mesti buat masuk password.Mak aku pulak jenis sape nak online sila vacuum rumah dan pastikan bilik dikemas..Sungguh bijak mak aku masa tu.Tak dinafikan.Maka dengan kepala otak yang memang jahat ni aku cuba nak hack password tu.Akhirnya berjaya.Haha memang ganas la.Tapi tak tahan lama la lepas tu abah tahu yang aku tahu password internet terus dia tukar.Tapi dekat 2,3 kali jugak aku boleh dicode password tu.


OK sekarang mesin masa akan bergerak ke tahun 2010.Macam cerita doraemon je.Korang ingat tak pasal iklan potong-potong tu.Siap masuk Dewan Rakyat lagi iklan tu.Apa korang ingat tu pasal Khatan ke??Padahal pasal potong streamyx la kot.Memang tergoda la jugak dengan P1wimax ni.Modem die cam kotak ape tah.
Masa mula-mula memang la kat area kemaman ni P1wimax takde lagi kat Kemaman.Sekadar Hiasan

Tapi awal tahun haritu dah terpacak pulak iklan potong-potong ni.Abah aku pun ape lagi potong la jugak streamyx tu.Masa 7 hari pertama pakai p1wimax ni memang superb la.Laju bedesup.Tapi 3 minggu kemudian macam siput khinzir pulak.Sebab tu la kalau korang tengok kat post aku yang dulu-dulu takde gambar.Sebab lambat sangat nak upload gambar.Tapi lepas 2,3 kali mengomen dekat customer service dia barulah best sikit.Kalau kau buat hal lagi siap korang.Aku pegi potong yang kau punye.Ni dah potong ke belom??haha




Ok apa kes aku cerita panjang lebar pasal internet kali ni??Sebab hari ni 24mac 2010 HSBB akan dilancarkan kat Dataran Merdeka.Kelajuan yang boleh dicapai oleh HSBB ni boleh mencapai sehingga 1Gbps.Bayangkan kalau download movie 1Gb.Wah memang sekejap.Memang boleh layan HD video la.Tapi buat masa sekarang kat Kemaman ni perlulah tunggu kejap.Sekarang ni tengah test dekat Lembah Klang.Kalau dah ada HSBB kat rumah aku boleh la try kejap.Boleh la skype dengan awek.hahaha.Bestnya boleh pakai HSBB.Jangan jadi lembab macam sekarang sudah la.

Sekian,entry yang panjang lebar dari saya.

To Sarina komplot ang nak jatuhkan aku dari takhta kejuaraan takkan berjaya.hehe.sebab apa aku mention nama dia?sebab dia letak nama aku yang best ni dalam blog dia.Orang berbudi kita berbahasa.

Sumber:google dan utusan malaysia serta idea en azwan azmi

2 comments:

  1. HAHAHA. ape hah komplot komplot.
    mrepek. org yg baek cm sy, tdk akn
    brlaku sdemikian :D

    ReplyDelete
  2. hahaha ngaku baek...tidakkkkkkkkkkk!!!!!!!

    ReplyDelete

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment